Kehidupan baru bukannya melupuskan yang lama

Assalamualaikum..

*mungkin anda patut tunggu beberapa minit supaya lagu tu dapat loading. not awesome membaca tanpa lagu. silalah pause dan tunggu dalam 5 minit* - iklan sebentar~

sudah terlalu lama blog ini terbiar lama..
sudah terlalu lama kita tidak berjumpa, Little Witch..

adakah diri ini cuba untuk melupakan mu..
tidak sama sekali..
ya benar, Little Witch menyimpan segala kenangan yang dialami..
segala kemanisan hidup, segala kepahitan yang dirasai, masam masin hidup...
segala kesedapan memakan cadbury, pahitnya menelan ubat, asam masin yang mewarnai deria rasa..
semuanya dirakamkan disini.. 
dikuburkan disini..
selamat datang ke zaman sekolah rendah :D

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dia memandang langit yang terang.. sesekali kedengaran dia mengeluh.. namun tak sekalipun dia mengalihkan pandangannya itu..
.
Seolah olah dia sedang berbicara dengan awan di langit.. berbicara soal sesuatu yang penting..
sekali lagi dia mengeluh. kali ini keluhan itu kedengaran begitu kuat.seolah olah perbualannya sebentar tadi meninggalkan satu persoalan yang besar.

*puk* tiba-tiba bahunya ditolak kasar.. hampir saja dia hilang keseimbangan. hampir hampir dia terjatuh dari atas buaian tadi..
Dia menoleh ke belakang dengan wajah yang masam. geram dengan sikap makhluk yang menolaknya sebentar tadi..

Kelihatan nisa tersengih sengih.. "senyum sampai ke pipi pulak dia ni" monolog maira.

"amboii,sweet gila cara kau tegur aku tadi...hampir nak tersungkur aku tadi..nasib tak rosak muka sweetheart kau ni.." bebel maira..

Dengan muka yang tidak berperasaan nisa duduk di buaian di sebelah maira..langsung tidak dipedulikan bebelan maira itu.

"maira,kau kenapa.. kau tengak sapa kat langit tu?nasib je burung tak berak atau muka kau. bukan main lagi termenung tadi.. aku datang pun tak perasan." tanya nisa.

Wajah maira serta merta berubah.. tiada lagi riak marah di wajahnya.. dia kembali memandang langit. kemudian mengeluh. memandang nisa seolah olah meminta jawapan..

"kalau kau ada masaalah jangan pendam sorang  sorang. tak elok taw, nanti makin berat beban yang kau pikul, makin susah hati kau nanti. bertanyakan itu ini kepada diri sendiri pun kau takkan dapat jawapan jugak." risau betul nisa melihatkan sahabat baiknya itu..

" entahlah weh.. aku confius lah.. kau tahukan aku dengan rey dah lama berkawan.. dia kan ada awek. pagi tadi, aku dapat tahu dari classmate aku yang awek dia kutuk kutuk aku. so aku jumpalah awek dia.. tanya dia apa masalah dia.. tak pasal pasal dia menagis pulak,lepas tu bla macam tu je. aku pun malas lah nak amik kesah lagi.. balik sekolah je, rey datang rumah aku marah marah aku.. dia kata apasal aku ni pergi hina awek dia... aku try nak story dekat dia apa yang sebenarnya jadi. tapi dia tak nak dengar pun.. dia tengking tengking lepas tu bla macam tu je.. kau tahu tak apa aku rasa time tu.. sedih gila.. kau bayangkan, hanya disebabkan seorang manusia yang rey kenal tak sampai 1 tahun, dia tengking aku yang kenal dia since kecik lagi.. langsung tak nak dengar penjelasan aku.. tak bagi chance langsung.. sumpah aku tak sangka dia sanggup buat macam tu semata mata sebab awek dia tu." maira menoleh ke arah temannya itu. berharap ada yang mengerti perasaannya tika itu..

"sabar lah.. kau pun tahu rey tu jenis panas baran kan. bukannya boleh nak dengar kata orang kalau dah marah tu..haa,sekarang mesti dia dah cool.. cubalah story balik dekat dia.. dia mesti faham kalau kau terangkan" nisa tersenyum dengan cadangan nya itu..

Namun maira tetap muram. tiada langsung tanda beban di hatinya itu sudah ringan..

"tapi dia yang salah. dia yang marah aku tiba tiba. kenapa aku yang kena pergi jumpa dia pulak?" gumam maira.. masih marah rupanya dia..

Nisa tersenyum lebar.. dia mula menghayunkan buaian.. tak ubah seperti kanak kanak kecil. gembira betul dia dapat bermain buaian tika waktu berangin seperti itu..

"MAIRA!KAU NAK TAHU SOMETHING TAK?!" jerit nisa.masih lagi bermain buaian..

Segera dia berpaut pada buaian maira menyebabkan buaian temannya itu berayun juga..

"woiii!!" tersentak maira dibuatnya.

"HAHAHAHAHAHAHA.. jap jap stop dulu"

"kau nak kata apa tadi?"

Nisa memandang maira yang kelihatan tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal keluar dari mulutnya itu..

"dalam hidup ni.. kita tak boleh nak ikut kata diri kita je.. kalau semua kita nak ikut kata kita je. akan timbul perbalahan dengan orang lain. tak semua orang mempunyai pendapat yang sama macam kita.."

"jangan disebabkan hanya satu perkara, habis terjejas perkara lain.. jangan disebabkan satu kisah pahit yang tercatat dalam hidup kita, kita musnahkan kisah yang memberi berjuta juta warna dalam hidup kita.. hanya disebabkan apa yang rey buat, hanya disebabkan satu salah faham.. musnah persahabatan yang korang bina ni"

"kau nak macam tu?" terangkat keningnya ketika mengajukan soalan itu.

"mestilah tak nak. tapi..."

Belum sempat maira menghabiskan ayatnya....

"buang ego tu jauh jauh.. jangan pulak sebab ego kau tu, kau menyesal kemudian hari.. ok?" sampuk nisa..

Maira termenung.. lama dipandang kakinya yang berselipar jepun itu.. dia mengangkat kepala lalu tersenyum memandang nisa.. menyedari ada benar kata kata nisa itu.. terasa beban di dada sedikit menghilang..

Bertuah benar dia mempunyai sahabat seperti itu..dapat menghilangkan resah di hati..

"jom aku belanja kau aiskrim nak?" nisa cuba mengumpan maira. supaya sahabatnya itu tidak terlalu memikirkan soal rey..

"nak!!" pantas sahaja jawapan itu keluar dari mulut maira..

Nisa melompat dari buaian dan segera berlari..

"ITUPUN KALAU KAU SAMPAI RUMAH KAU DULU LAH!!!" jerit nisa sambil ketawa..

"TAK ACI LAH WEH!!" maira menjerit dan segera berlari.. cuba mengejar nisa yang semakin jauh darinya..

Segala masalah yang ada dalam kepalanya hilang begitu sahaja.. hilang dibawa angin petang..
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

apabila kita semakin membesar, banyak perkara yang berubah...
kita tak dapat nak bermain sepanjang masa seperti sewaktu kanak kanak..
ada sesetengah masa perlu diperuntukkan untuk belajar..
ada tanggungjawab yang perlu kita galas..

adakah itu bermakna segala zaman baby, kanak kanak, remaja kita akan hilang macam tu aja?
adakah itu bermakna segalanya akan tenggelam dek zaman..
segala memories akan hilang...
memulakan hidup baru seolah olah dihidupkan semula dimuka bumi ini?
sedangkan orang yang hilang ingatan pun lama kelamaan akan kembali pulih ingatannya..

fun is all about how you enjoy yourself.

 ada sesetengah perkara yang kita akan lupa, hanya sesetengah yang mampu kita ingat...
tapi itu tak bermakna kita telah melupakan segalanya...
dalam hidup, banyak perkara yang dialami.. kadangkala kenangan manis dan ada juga yang sebaliknya...
dan kenangan pahit biasanya yang terpahat lebih lama dalam ingatan...
tapi itu tak bermakna kita melupakan segala kenangan manis yang ada..
biarpun apa yang berlaku, bukan semudah kita memadam kesalahan yang ditulis dengan pensil..
kenangan tak semudah itu untuk dilupakan...
dalam setiap kebencian, pastinya ada terselit beberapa perkara yang menyenangkan hati...
jangan disebabkan oleh beberapa buah epal yang buruk, kita buang semuanya ke dalam tong sampah...
mungkin masih terselit beberapa buat yang masih elok dan boleh dimakan..
jangan disebabkan kita ingin memulakan hidup baru..
kita buang segala pengalaman hidup kita sebelum ini...
 

age doesn't matter..

Comments

Popular Posts