CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

October 14, 2012

Girls are not toys. We are PRECIOUS.


Assalamualaikum

pernah tak someone came into your life saying that they love you?

someone that i call as "Secret Admirer"

yaa, supposedly bukan secret admirer. 
sebab si dia dah bagitahu kan..
but for me. this kind of person kita panggil macam tu..

pernah tak korang berada dalam situasi macam ni?

----------------------------------------------------------------------------------
seperti biasa..
melepak dekat bilik sebelah. bilik Fazira dah jadi macam satu habit buat aku...
memang tak duduk bilik sendiri dah bila dapat roommate yang macam ombak.
tengah sedap sedap melayan lagu dekat radio.
tiba tiba satu message masuk..

*ding!
unknown number
: Ni syuhada kan?

dengan tak de perasaan. ambik phone then reply..
: Yup. siapa ni? Nasuha eh?
dengan confident yang tinggi melangit.. 
message send..

*ding!

sekali lagi message masuk..
salah orang.. bukan Nasuha .. siapa pulak dah?
dah la message number celcom.
reply jugak..
tak puas hati ni...
reply reply reply...

Ohhh rupanya budak laki yang terserempak masa beratur haritu..
yang aku potong line dorang haritu..
lagi pelik.. mane tah dapat number..
tanya tak nak jawab.. menguji kesabaran betul.. nasib baik dah solat time tu.. setan dah lari.

dan part yang paling best..
aku tak ingat pun nama dia.. and dengan selamba badak aku bantai je nama budak laki yang comel comel  yang aku pernah kenal.
cool aite?




time tu jugak. dia ade bagitahu dia suka aku..
nahh message semua boleh buat..
sambil menguap aku reply je..
siap guling guling lagi.. takda perasaan sungguh malam tu.
fikir nak tidur jee..
last last memang tidur pun..
dekat common room depan tv.. orang duduk tengak tv.
tp untuk aku special. tv yang tengak aku  :D

satu hari tu... otw nak balik asrama.. 
*ding!
text dari member... dorang kata warden tak benarkan masuk asrama. paling awal pun sabtu..
dang! warden buat hal dah..
yang peliknya, budak nursing tak cuti.. ambil phone text si mamat ni : eh,ada number budak nursing yang duduk asrama murni tak?
simple je soalannya..
5 jam kemudian *tipu
tak reply.. call tak angkat... gila punya member.. angin jugak time tu..
tiba tiba aircond dalam bas tu rasa macam tak berguna je..
panas jee time tu.. nak berwuduk pun paip takde.. muka redha -.-




kadang kadang tu..
terserempak.. tapi dia senyum pun tidak.. err?

*ding!
: Saya sayang awak
satu message masuk.. aku baca dengan takde perasaan..
tet tet tet. message send! aku reply
: Prove it

dan message seterusnya tak dilayan..
terbayang kata kata kawan aku..
"dia dah ada awek.. kenapa dia nak jealousnya"


------------------------------------------------------------------------------

perkara pertama yang singgah dalam kepala aku..
kesian awek dia..

salah siapa ni?
awek tak pandai jaga pakwe..
atau pakwe tak cukup ade awek sorang..

boys yang comel handsome kacak di luar sana..
sila laa, jaga hati perempuan ...
jangan buat main je.. mulut manis kalah gula.. letak garam pun tak neutral jugak.. still manis..
tapi belakang. setan sepuluh tanduk kau bela.

kaum lelaki dah laa pupus dekat dunia ni..
kalau muka kacak, gay..
kalau muka comel, pondan..
yang biasabiasa pulak, semuanya taken already..

perempuan memang ramai...
tapi tak bermakna semua kau boleh rembat..
bukannya dorang dilahirkan untuk disakiti..
takde pun..

jangan bila apa yang kau buat dekat perempuan tu jadi dekat kau balik.
sekarang kau berseronok gedik gedik sana sini.
bila nanti kau dah kawin, bini kau gedik gedik sana sini..
kau nak baran pulak..
time tu aku datang tolong  . ikat kau letak dalam kotak. bakar then abu tu aku tanam..
boleh?

tak semua yang kita nak boleh jadi milik kita... learn to let go.. let to be loyal :)

October 3, 2012

Cinta Kasih Sayang


Assalamualaikum

sahabat..

ingat tak. satu mase dulu.. kau menangis disebabkan budak lelaki yang kau minat...
waktu tu, aku tak berapa rapat dengan kau.. 
cuma sekadar classmate yang duduk depan kau..
mase kau menangis tu, ramai yang risau..
aku ade tanye 'kau kenapa?' tapi bestfriend kau tak nak cerita..
aku cuma dapat support kau dari jauh je..

tak lama lepas tu, kita start rapat.. macam mana?
sorry, aku pun dah lupa...
tapi kita memang rapat, semua benda kita kongsi..
mane ade kau, mesti ade aku.
ponteng kelas pun sama sama..

sahabat...

kau ingat lagi tak?
masa tu kita ada kursus utk budak budak kelas G dengan H.
malam kita nak pergi solat isyak tu.. kita jalan dari asrama ke surau..
time tu kau borak borak dengan ateyn.
tapi bila kita sampai surau, ateyn hilang. bila kita masuk je. ateyn dah duduk lepak dalam surau.
then kau tanye  dia, 'awalnya kau masuk, bukan tadi kau dengan kiteorang ke?'
then ateyn kate ' eh,mane ade. aku mane jumpa korang pun'
time tu kita dua terus diam.. cuak gila.. tah dengan siape kita jalan.
pengalaman beb :)

banyak benda kita buat same same...
kita suka pun dekat orang yang sama.. 
kita stayback pun sama sama...
kita cari pasal dengan orang pun sama sama..
kena marah dengan cikgu pun, kita berdua jugak..

paling aku tak boleh lupa. roti keju kau la..
aku selalu suruh kau buat..
paksa jugak kau bangun awal pagi bawak bekal untuk aku..
aku bukan tak pandai. tapi aku saja je nak bermanja,

selama kita berkawan , kita tak pernah pun macam budak perempuan lain, peluk peluk bila mintak maaf..
masing masing rasa janggal.. paling mesra pun, kita salam je.
kita tak pernah pun cakap 'aku sayang kau lah beb.kau la sahabat aku selamanya'.
paling paling pun just 'thanks la beb, bersyukur aku ade kawan macam kau'.

sweet moment :')

aku pernah cakap.
'kalau boleh, aku nak pergi dekat satu tempat.. tempat yang takde orang.. just aku.. ade padang, rumput.. supaya aku boleh baring kat situ sorang sorang. takde masalah, duduk tengak langit je'
then kau menyampuk
'aku berharap sangat dapat pergi tempat macam tu dengan kau'

aku senyum je kat kau mase tu.. sebab nya aku tak tahu nak cakap apa..
aku terharu sangat dengar kau cakap macam tu..
tapi aku segan..
tak pernah orang cakap macam tu dekat aku..

tapi sekarang...
disebabkan ego.. 
musnah..
musnah segala persahabatan kita..
tak perlu aku ungkit apa yang berlaku sepanjang persahabatan kita..
aku takkan dapat kembalikan kau..

aku tahu kau terluka..
sama jugak macam aku...
aku rawat luka aku sendiri..lupakan tentang apa yang terjadi...
tapi, tiap kali tu jugak lah, aku teringat dekat kau..


memang betul apa orang kata. senyuman dapat tutup semua yang tersirat dalam hati ni :')
---------------------------------------------------------------------------------

cerita aku kali ni bukan nak meraih simpati.

tak! tidak! bukan!

kita selalu lupa nak hargai orang yang selalu ada dekat kita..
bukan setakat sahabat, kawan, cikgu, saudara mara..
kadang kala kita lupa nak hargai ibu bapa kita..

berapa ramai je yang akan call parents dia mintak restu semate mate nak amek test.. 
berape kerat je yang akan belikan hadiah untuk parents bila ada duit lebih?
berapa kali je kita bagi hadiah dekat cikgu cikgu kita? hari guru?

mesti ke kita tunggu orang tu dah jauh.. 
dah takde dekat sisi kita, baru kita nak cari dia?

cuba tanya diri sendiri. kita nak ke kalau perkara macam tu jadi dekat kita?