CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

January 8, 2013

It's your choice to be different or not.


Assalamualaikum..

Setiap orang itu berbeza..
Pemikiran, tingkah laku, cara bercakap..
dan setiap orang juga mempunyai dunia masing masing..
dunia di masa mereka yang menetapkan segala peraturannya..

Ada yang memilih untuk bergembira..
tak kira apa yang berlaku, tetap happy..
kena marah, happy.
jatuh basikal, happy.
sakit, happy..
golongan yang mana aku ertikan sebagai tabah..

mungkin nampak mudah..
gembira sepanjang masa.
tapi mereka ini lah yang memendamkan segala perit di dalam hati mereka sahaja..
tak meluahkan.. 
membenarkan masa untuk menjadi hakim..

Ada juga yang memilih untuk be themself..
di mana mereka ini, meluahkan apa yang mereka rasa..
bila gembira, mereka bersorak, gelak ketawa..
bila sedih, mereka menangis.. 
bila sakit, mereka rehatkan diri. makan ubat..

bagi aku, mereka ini lebih senang..
hidup tanpa memendamkan apa apa..
semua perkara perit yang berlaku, cuma sekadar datang menyapa dan pergi..
tidak meninggalkan sebarang kesan..


Ada pula yang masih terkapai kapai..
bila mereka jatuh, ada yang bantu mereka untuk bangkit..
bila mereka senang, mereka kongsikannya bersama orang terdekat..

mereka ini sangat bertuah..
walaupun mereka bergantung kepada orang di sekeliling..
tapi mereka mampu untuk menghadapi kenyataan hidup yang perit ini.



dan aku..

aku memilih untuk bina satu dunia.. 
di mana.. 
aku mampu untuk berseronok sepanjang masa..
tanpa perlu memikirkan sakit perit yang aku alami..
dan bila tiba masa.

di mana aku tak mampu untuk terus berpura pura..
aku lari dari mereka..
mereka yang tabah..
mereka yang terus berjuang..

berlari aku mencari sebuah taman..
padang yang luas..
terbaring di atas rumput rumput sambil memandang langit.
dan angin bertiup..
cuma aku...

sampai tibanya saat aku kembali tenang..
kembali mendapat ketabahan..
supaya aku tidak perlu menyakitkan hati aku dan mereka yang aku kenal.
dan terus berpura pura..
demi untuk mencapai sebuah takhta yang aku gelar "hipokrit"

"terangkanlah sebanyak mungkin mengenai dunia kau. tapi mereka tidak mungkin faham. ini dunia kau bukan mereka" - Little Witch


January 3, 2013

Ingatan yang disimpan dengan pelbagai cara.


Assalamualaikum..


Little Witch, this one for you..


2013..
how many years has past since the last time i talk to you..
those time when i told you what i feel..
what i been through..
what my life is all about..

Bait bait kata yang aku karang..
Mati dalam sebuah buku..
Ingatan yang aku tak mampu simpan atau buang..
Kenangan yang bukan satu tapi beribu..

Dairi ibarat hati, yang aku luahkan segala mimpi.

Entah...
Aku bingung sebenarnyaa..


Pernah tak rasa macam kau ibarat terlupa apa yang dulunya penting dalam hidup kau..

Hanyut dalam hidup yang tak ada matlamat..

Perubahan yang kau buat sampai kau tak boleh nak berpaling balik..

Little Witch...
segala kisah hidup aku pahat dekat sini..
dairi juga salah satu tempat di mana aku meluahkan segalanya..

Bagi aku...
dairi dan kau,Little Witch adalah satu satunya tempat aku boleh bercerita..
tanpa perlu memikirkan apa pandangan orang lain..
segala yang aku rasa..
segala yang aku fikir..

Bukan nya aku datang nak mintak pendapat.. Bukan jugak nak dikasihani..
Cuma untuk meluahkan.. kosongkan segala apa dalam fikiran.. 
supaya aku tak perlu berpura pura untuk sentiasa tersenyum..

di rumah, menangis pun aku tak mampu..
kalau aku sebak, family mampu buat aku tersenyum..
bestfriend, fieqa... aku mampu tipu dia lagi.. dan dia mampu buat aku tergelak.
bagi aku.. itu yang menguatkan aku.. untuk terus bangkit..

tapi dekat ipoh..
aku lemah selemah lemahnya.. 
tak ada beza dengan mana mana perempuan.. 
air mata ibarat pasir. dipijak tanpa ada nilai..
aku tak kuat.. tak kuat nak hadapi semuanya..
untuk bangkit semula pun aku tak mampu..

aku pilih untuk jauhkan dari mereka mereka di ipoh. sebab aku tak mampu nak faham diri sendiri. tak mungkin mereka faham..

kerna tu..
aku mohon pada kau..
Little Witch..
tolong aku...

"ALLAH tak pernah lupakan kita. ingat."