It's your choice to be different or not.


Assalamualaikum..

Setiap orang itu berbeza..
Pemikiran, tingkah laku, cara bercakap..
dan setiap orang juga mempunyai dunia masing masing..
dunia di masa mereka yang menetapkan segala peraturannya..

Ada yang memilih untuk bergembira..
tak kira apa yang berlaku, tetap happy..
kena marah, happy.
jatuh basikal, happy.
sakit, happy..
golongan yang mana aku ertikan sebagai tabah..

mungkin nampak mudah..
gembira sepanjang masa.
tapi mereka ini lah yang memendamkan segala perit di dalam hati mereka sahaja..
tak meluahkan.. 
membenarkan masa untuk menjadi hakim..

Ada juga yang memilih untuk be themself..
di mana mereka ini, meluahkan apa yang mereka rasa..
bila gembira, mereka bersorak, gelak ketawa..
bila sedih, mereka menangis.. 
bila sakit, mereka rehatkan diri. makan ubat..

bagi aku, mereka ini lebih senang..
hidup tanpa memendamkan apa apa..
semua perkara perit yang berlaku, cuma sekadar datang menyapa dan pergi..
tidak meninggalkan sebarang kesan..


Ada pula yang masih terkapai kapai..
bila mereka jatuh, ada yang bantu mereka untuk bangkit..
bila mereka senang, mereka kongsikannya bersama orang terdekat..

mereka ini sangat bertuah..
walaupun mereka bergantung kepada orang di sekeliling..
tapi mereka mampu untuk menghadapi kenyataan hidup yang perit ini.



dan aku..

aku memilih untuk bina satu dunia.. 
di mana.. 
aku mampu untuk berseronok sepanjang masa..
tanpa perlu memikirkan sakit perit yang aku alami..
dan bila tiba masa.

di mana aku tak mampu untuk terus berpura pura..
aku lari dari mereka..
mereka yang tabah..
mereka yang terus berjuang..

berlari aku mencari sebuah taman..
padang yang luas..
terbaring di atas rumput rumput sambil memandang langit.
dan angin bertiup..
cuma aku...

sampai tibanya saat aku kembali tenang..
kembali mendapat ketabahan..
supaya aku tidak perlu menyakitkan hati aku dan mereka yang aku kenal.
dan terus berpura pura..
demi untuk mencapai sebuah takhta yang aku gelar "hipokrit"

"terangkanlah sebanyak mungkin mengenai dunia kau. tapi mereka tidak mungkin faham. ini dunia kau bukan mereka" - Little Witch


Comments

Fatin Diana said…
http://www.fatindiana.com/2012/11/tips-untuk-side-income-says-blingd-atau.html

http://www.fatindiana.com/2012/08/cari-income-melalui-saysmy.html

Popular Posts