Masa mendewasakan kita.

Assalamualaikum...

Manusia membesar.
Dari masa ke semasa..
Kita berubah...
Dari segi fizikal.. dari segi mental..

Cara kita berfikir tak lagi sama..

Cara kita bertindak tak sama..

Setiap tindakan yang kita ambil.. Kita mengambil kira risiko yang akan kita hadapi..

Setiap risiko yang kita dapat.  Hasil daripada apa yang kita buat..
Semuanya bergantung kepada kita..
Bagaimana dan kenapa..


Ada satu benda yang tertutup saat ini.
Ya hati.. Hati untuk menerima sesiapa..
Bukan lagi kunci nya hilang. Bukan lagi tembok yang dibina terlalu tinggi.
Tapi...
Pintu nya tak ada.. Semua dinding.. Dinding tanpa ada laluan keluar masuk..

Dinding dipecahkan.. Boleh.. Tak salah..
Tapi mungkin hati yang ada dalam tu akan turut sama pecah..

Bila bicara pasal hati.. 
Manusia selalu kaitkan dengan cinta..

Cinta..
Apa yang dimaksudkan dengan cinta?
Sayang...
Apa yang dimaksudkan dengan sayang?


Dulu....
Suatu masa dulu...
Hidup ni dipenuhi dengan sahabat..
Sahabat yang dimaksudkan disini ialah mereka yang selalu mendorong diri ini untuk berjalan ke arah kebaikan..
Mencari keredhaan ALLAH...

Dulu dan kini..
Diri ini juga pernah dikianati oleh mereka..
Mereka yang digelar teman..
Teman yang sentiasa di sisi untuk memenuhi ruang hati ini..
Yang sentiasa ada untuk menceriakan setiap ruang gelap,
menambah kegilaan untuk kembali ke alam fantasi,
mewujudkan sifat kanak kanak sepanjang masa..
Ya mereka...
Teman...

Dan untuk kali ke berapa..
Semuanya dimusnahkan..
Dengan sekali hentaman...
Roboh..
Segala kepercayaan itu roboh..

Walau dikutip setiap serpihan yang ada..
Walau terpaksa dibersihkan setiap kenangan yang dilalui...
Dikenang semuanya...

Setiap kali itu juga.. Setiap detik itu jugak..
Semua yang buruk itu jugak yang menang..

Ditimbanglah...
Beratnya kenangan manis... 
Sedikitnya kepahitan yang berlaku..

Namun semuanya musnah..
Musnah tanpa sebarang amaran..
Tanpa ada tanda tanda..


Mungkinkah..
Kebahagiaan yang kita bina sekarang akan kekal.

Apa yang berlaku, kita sering jadikan sebagai pengajaran..

Dan dari situ juga, wujud di segenap ruang hati ini.
Perasaan takut..
Takut untuk kembali bertarung dalam situasi.
Di mana kita hilang segala apa yang kita beri.


Kita disalahkan untuk usaha yang kita curahkan.
Dan sampai satu saat.
Pasrah..
Cuma itu yang terlintas.

Demi menjaga serpihan serpihan hati yang ada.

"Kita mampu untuk bina semula apa yang hancur.. Tapi kita tak mampu untuk bina semula kepercayaan itu dalam sekelip mata.." - Little Witch

Comments

Popular Posts