Dunia Khayalan. Wujudlah kau.




Aku terjaga dari tidur. Kedengaran bunyi burung berkicauan..
Perlahan lahan aku bangun dari katil yang empuk.
Sunyi. Pagi yang sunyi tapi tenang.
Kelihatan langsir tingkap sudah terbuka dan diikat kemas.
Mungkin mama yang membukanya.

Tersedar..
Ada sesuatu yang bergerak gerak di sebelah.
Aku kalihkan pandangan. Kelihatan Demuk, kucing kesayangan aku sedang nyenyak tidur.
Mungkin Demuk masuk melalui tingkap. Biasalah tu.
Aku cium Demuk di dahinya. Dia bergerak. Tidurnya sedikit terganggu.
Aku bangun, tuala diambil lalu segera ke tandas.
Segarkan badan.

......

Cermin ku pandang lama. Tersenyum.
Ada nota nota dilekatkan di situ.

" Semalam saya ke mihas, otw nak balik saya terlupa jalan pulang. Kemudian saya ke mesin atm, dan saya terlupa yang saya tertinggal kad bank. Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan ialah saya semakin tua, dan meningkatnya umur saya maka meningkat juga umur awak. Sebab tu awak pun terlupa no kad atm awak. Kan? hehehe.
Di hari tua awak ni, saya ingin mengucapkan selamat hari jadi. Jadilah anak yang solehah, jangan lupa ALLAH.. Jangan terlalu bersedih hati disebabkan lelaki, akan datang suatu hari nanti lelaki yang sunting awak jadi isteri. Masa tulah baru nak serahkan semua cinta pada si suami, selagi belum sah cinta usah ditangisi. Hadiah sila tuntut akan datang. Semoga ALLAH sentiasa merahmatimu dan memberi kejayaan kepadamu, insyaALLAH :) "

Ada juga...

" Happy birthday kawan. Terima kasih jadi kawan aku, terima kasih jugak sebab jadi teman aku. Terima kasih sebab terima aku apa adanya. Semoga segala apa yang terjadi antara kita bukanlah menjadi titik nokhtah dalam persahabatan kita. Kau baik, kau awesome dan alhamdulillah kau teman yang baik. Selamat ulang tahun dan semoga selamat segalanya. InsyaAllah sahabat till Jannah. "

Semua nota nota yang dilekatkan di cermin, aku ambil.
Aku baca satu persatu. Dan aku lekatkan semula.
Kalau boleh. Biarlah semuanya kekal disitu.

Pintu bilik dibuka. Terdengar suara suara datang dari dapur.
Gelak tawa. Riuh.
Kaki diangkat lalu segera aku berjalan.

Sekali lagi.
Aku tersenyum lebar. 
Sebiji kek terhidang atas meja. 
Mama, abah, aman, abg kde, kak ina, syuib.
Lengkap satu keluarga.
Semua melihat ke arah aku.

Mama datang. Lembut, tangan aku dipegang.
Mama menarik aku ke meja. Pisau kek bertukar tangan.
Masing masing mula menyanyikan lagu harijadi.
Aku tergelak.
Dilayan seperti budak budak.
Habis sahaja lagu dinyanyikan. Mataku pejam. Lilin aku tiup.
Satu hajat. Kekalkanlah keadaan sebegini. Selamanya.


Namun.
Bila mata dicelikkan. 
Kanan kiri.. kosong..
Tiada mama, abah..
Kak ina, aman, abg kde.
Syuib..
Hilang.

Ada sesuatu yang hangat mengalir di pipi.

Aku diam..
Kaku...

Mata ku pejam. Nafas ku tarik perlahan. Aku berlari ke bilik.
Nota nota di cermin. Semuanya hangus. Ibarat dibakar.
Aku lihat di atas katil.
Demuk tiada.

Selimut ditarik. Aku terbaring di atas katil. Fikiran aku kosongkan.
Satu ayat yang aku ulang tanpa henti...

"Sedarkan aku dari mimpi ngeri ini"

" Semakin kau dewasa. Semakin banyak halangan akan kau tempuhi. Jadi.. Tabahlah. Allah sentiasa ada " - Little Witch

Comments

Popular Posts