CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

December 23, 2012

Bangkit dengan segala kudrat yang ada


Assalamualaikum

masih teringat lagi zaman bersekolah rendah dulu.
masa darjah 1 dapat masuk kelas first. time tu tahu tidur je dalam kelas.
tidur tidur tidur memang heaven..

tiba tiba masa darjah 2 kelas last. alasan cikgu, kelas penuh..
tapi budak budak kan time tu tak kisah pun. time kelas belakang.
 main main main main..
best part bila exam still number 1 atau 2. yelah bersaing ngan budak kelas belakang.
tak belajar pun dapat je number 1.

terbayang bayang masa UPSR... malam before exam tu..
tak ada pun macam my sis, buat latihan ke apa..
tidur krooh krooh krooh..
dan seterus nya sampailah habis exam..
and alhamdulillah result sangat memuaskan hati..

Tapi masa masuk sekolah menengah..
dah macam tak ada istilah belajar.
tahu bermain je.. lari sana lari sini..
time sejarah tidur. 
balik rumah pegang buku sejarah dah macam bedtime story.tidur jugak..
Tapi alhamdulillah result membahagiakan hati dengan cara yang tak study nya..

Tapi tapi dan tapi..
masa SPM adalah satu penyesalan yang amat..



Abah...

Abah mungkin tegas dalam setiap apa yang Abah cakap. Abah buat...
tapi Abah sentiasa buat sesuatu tu untuk kebaikan anak anak dia..

ingat lagi..
masa kecik kecik..
Abah tak bagi kami main dekat padang sendiri sendiri..
Abah mesti suruh Ma tolong tengakkan..
masa Ma tak ada, Abah yang tolong jaga kiteorang..

Abah and Ma mampu didik kiteorang dengan baik..
waktu darjah 2 darjah 3 dah boleh jaga adik dekat rumah sesorang..
Tunggu abang kakak balik sekolah..

Ingat lagi masa mesin basuh tu senget..
beriya tahan mesin tu dari jatuh..
padahal boleh je tutup suis , sure mesin tu tak gerak dah.
tapi budak kecik lagi...
berdua dengan adik sandarkan badan dekat mesin tak bagi jatuh. 
nasib baik jiran sebelah terdengar lepastu suruh tutup suis..

Tak pernah lupa...
masa sekolah rendah dulu..
bila magrib je, semua dah berlari lari mandi. ada yang pergi solat..
lepastu berebut rebut nak start mengaji dulu..
bila abah dah habis baca Al-Quran, Abah ajar sorang sorang ikut turutan.
sementara tunggu Abah habis baca Al-Quran, tunggu giliran.
bacalah Al-Quran masing masing..


sekarang, masing masing pun dah besar..

Abah dengan Ma banyak bagi nasihat..
tapi tetap marah bila perlu.
tetap tegur bila kiteorang buat salah..

mungkin..
kadang kadang macam tak dengar kata..
tapi lama lama..
meresap masuk jugak segala nasihat..

InsyaALLAH..
dengan peluang yang ALLAH beri..

nak perbaiki segala kesilapan yang lalu..
mungkin perbaiki tak sesuai digunakan. 
sebab tak boleh nak ulang balik masa..
tapi...

belajar dari kesilapan.

Jangan biar orang datang dan menyedarkan kita. Kerna waktu itu mungkin sudah terlewat. Tapi. Daripada kita terus lalai. Sebaik baiknya kita sedar akan kesilapan. Belajar dan Perbaiki - Little Witch

November 6, 2012

Why there's distance between us?


Assalamualaikum..

setiap orang pasti pernah merasai pengalaman yang sama..
terpisah disebabkan jarak.. jarak yang memerlukan masa dan duit untuk berjumpa..
menimbulkan rindu...

tak kira rindu kepada parents..
adik beradik..
sedara mara..
atau pun..
kekasih.

----------------------------------------------------------------------------------
pasir yang melekat dikaki disapu.. dia masih lagi tercari cari tempat untuk duduk...
matanya liar memandang kiri kanan.. tercari cari tempat yang sesuai...
lantas dia tersenyum.. dah nampak port yang baik nak duduk melepak..
segera kaki dihanyun menuju tempat tersebut..
kasut dicabut lalu diletakkan di tepi. segera dia duduk..
matanya ditujukan ke arah orang ramai..

semua orang lagi sedang bergembira..
sebentar tadi, semua pelajar diberikan masa untuk bersantai..
sesiapa yang mahu mandi di pantai, bermain bola tampar atau bersiar siar.. semua dibenarkan selagi menjaga batas pergaulan..
malangnya... tidak teringin pula dia untuk turut serta dalam keriangan itu..
lebih senang untuk duduk di tepi..menikmati saat saat yang ada seorang diri..

lagu di phone dipasang,earphone diletakkan di telinga..
hanyut.... hanyut dalam dunianya sendiri..


terasa bahunya ditepuk seseorang.. earphone di telinga kiri dicabut.
"Syud, tanak join ke mandi? jomlahh.. Semua dah turun mandi dah tu" sambil jari menunding ke arah rakan rakan yang lain..
"malaslahh.. baju takde.. nanti basah nak tukar baju apa?" sengaja dia mencipta alasan..
"aku ade baju.. nanti pinjam lah baju aku. jom? " tidak serik sahabatnya mengajak..
"takpelah.. aku duduk sini jadi lifeguard.hehehe enjoy yourself! " tetap dengan pendiriannya untuk tidak turut serta..
"okay.." jawabnya sambil tersenyum lalu berjalan pergi..

dia tersenyum.. memikirkan dirinya sebagai lifeguard sememang nya lawak..
berenang sendiri boleh la selamat.itupun kalau kolam..
ini laut..nak selamatkan orang pula..
mahu dengan lifeguard pun mati lemas..
nasiblah takde orang tahu...

earphone disumbat ke telinga kembali..
volume dinaikkan.. kelibat rakan rakan lagi berseronok melompat lompat bermain air..
ada yang senior pun ikut turut serta...
kelakar...  macam anak kecil ...
ada juga yang berjalan jalan.. bersembang sana sini.. gelak tawa memenuhi resort yang sunyi itu..

phone dicapai.. lama ditatap phone tersebut..
line di situ macam tenggelam timbul..
tetap juga dia hendak mencuba nasib..
contact dibuka... ditekannya call setelah nama yang dicari dijumpai..

" hello..assalamualaikum.. "
" waalaikummussalam.. josyu!! "
 " iyee.. kau sihat? "
" sihat alhamdulillah. kau? "
" same here.. rindu lah dekat kau.. tengah buat apa ni? "
" alooo,rindu dekat kau jugak.. tak buat ape pun.. dalam bilik ni.. ingatkan nak mandi.. baru habis kelas "
" oh yeke? gi lah mandi tu.. sorry ganggu.. "
" laaa,tak pelahh.. kenapa ni? kau dekat mana? "
" takde ape lahh.saja je call.. aku dekat pulau pangkor ni.. orientasi tak habis lagi.. ni dia bagi time nak mandi pantai ke apa.. "
" oh pastu kau tak pergi ke? "
"umm malas lahh.. duduk lepak lepak lagi best.. "
" yekee kau ni? ke ada pape? "
" ......... nothing lah "


" cakap jelah.. dengan aku pun nak rahsia.. "
" entah weh.. kosong laa dekat sini.. yaa memang fun.. tapi rasa tu lain.. kalau kau ada kat sini kan best. "
" kenapa? kau takde kawan ke dekat sana? "
" ade.. tapi lain laa.. sini tak macam dekat sana.. tak sama. suasana dekat sini lain.. macam dekat kuantan lain.. "
" takpelah.. aku kan ada? nanti kita jumpa ye? jangan laa sedih.. tempat baru biasalah tuu.. nanti lama lama biasalah.. "
" hmmm,kan bagus kalau aku boleh join kau dekat sana.. takde lah jauh jauh macam ni "
" cuti nanti boleh jumpa.. bukan jauh pun. besok aku datang jumpa kau.. "
" haaa.memang laaa pahang dengan ipoh tu dekat. suka suka kau je nak datang. hahahahaha.. "
" ehhh memang dekat punnn.. kau tunggu jelah besok aku sampai. kau jangan terkejut pulak.. haa "
" hahahaha .. banyak laa kau.. kau datang laa ipoh aku kunci pintu bilik buat buat tak kenal kau.. jangan nak mengada! "


" hahahahaha.. kejam gilaa. penat aku datang ipoh.. kau nak buat buat tak kenal? macam ni lah member.. aku datang jauh ni.. "
" eleh kau, cakap je nak datang.. selama ni siap yang lawat siapa.. aku jee yang lawat kau kan.. "
" woii sentap sentap! perrghhh kejam gila ayat kau. hahahahaha kalau boleh datang , hari hari aku jumpa kau taw! rindu gila kot! "
" hehehe... gurau jee lahh.. aku tak kisah pun kena datang jumpa kau.. jangan tacink pulak! aku pun rindu lahh .. dah laa tu gi mandi sanaa.. bucukkk! "
" hahahahaha! jahat laaa.. wangi taww.. okayy, byebye! take care taw.. miss you muaahh! "
" iyee, byebye.. miss u too. muaahh! take care! assalamualaikum "
"waalaikumussalam"

talian diputuskan...
hatinya sendikit lega..
mendengar suara sahabat baik... benar benar mengisi kekosongan dalam hati...
dia tersenyum...
ramai pelajar mula beransur pulang ke resort masing masing...
matahari mula menunjukkan tanda tanda untuk pergi..
siren dibunyikan.. "okay semua.. boleh balik bilik bagi yang nak mandi tu.. sesiapa yang nak makan dulu, makanan dah disediakan.. korang ada masa setengah jam.. lepas tu semua berkumpul untuk solat magrib "

begitu lantang suara yang kedengaran.. lembut lembut pun ada ketegasan disitu..
ada yang berlari lari anak pulang ke resort masing masing..
dia lantas bangkit.. satu text dihantar kepada housemate nya..

DINGDONG!
: emy, kunci ada pada siapa?

DINGDONG!
: ada ni dekat emy. kiteorang dekat bilik...mai lah! :D




dia tersenyum.. kasut disarung kembali..
lagu dipasang sebagai peneman..
kaki dihayun.. perlahan lahan dia berjalan..
petang itu terasa aman.. seperti mana perasaanya tika itu..
dia tersenyum ....

----------------------------------------------------------------------------------

setiap kerinduan.. menunjukkan kita mengingati mereka..

kadang kala , jarak itu perlu..
tak semestinya perlu dekat setiap masa..
tak semestinya perlu di sisi setiap saat..

dan tak semestinya ..
bila berjauhan..  tak boleh berhubung..

setiap orang ada cara masing masing..
ada yang chat di facebook..
tweet di twitter..
texting setiap hari..
call setiap malam..
webcam dekat skype..
3G, instagram, blog...
bbm.. whatsapp...
ada jugak yang masih berbalas surat..

setiap cara itu berbeza beza..
dan setiap perbezaan itu ada keunikan masing masing..

jarak bukan sebab kita melupakan seseorang itu..
sebenarnya jarak tu yang merapatkan sesuatu perhubungan..
cuma kita yang perlu mengekal kan perhubungan itu..
terpulang pada kita untuk mengingati mereka  atau tidakk

kalau kita lupaa.. maka hilanglahh..

 if there's no way to reach them. then make a new one - LittleWitch

October 14, 2012

Girls are not toys. We are PRECIOUS.


Assalamualaikum

pernah tak someone came into your life saying that they love you?

someone that i call as "Secret Admirer"

yaa, supposedly bukan secret admirer. 
sebab si dia dah bagitahu kan..
but for me. this kind of person kita panggil macam tu..

pernah tak korang berada dalam situasi macam ni?

----------------------------------------------------------------------------------
seperti biasa..
melepak dekat bilik sebelah. bilik Fazira dah jadi macam satu habit buat aku...
memang tak duduk bilik sendiri dah bila dapat roommate yang macam ombak.
tengah sedap sedap melayan lagu dekat radio.
tiba tiba satu message masuk..

*ding!
unknown number
: Ni syuhada kan?

dengan tak de perasaan. ambik phone then reply..
: Yup. siapa ni? Nasuha eh?
dengan confident yang tinggi melangit.. 
message send..

*ding!

sekali lagi message masuk..
salah orang.. bukan Nasuha .. siapa pulak dah?
dah la message number celcom.
reply jugak..
tak puas hati ni...
reply reply reply...

Ohhh rupanya budak laki yang terserempak masa beratur haritu..
yang aku potong line dorang haritu..
lagi pelik.. mane tah dapat number..
tanya tak nak jawab.. menguji kesabaran betul.. nasib baik dah solat time tu.. setan dah lari.

dan part yang paling best..
aku tak ingat pun nama dia.. and dengan selamba badak aku bantai je nama budak laki yang comel comel  yang aku pernah kenal.
cool aite?




time tu jugak. dia ade bagitahu dia suka aku..
nahh message semua boleh buat..
sambil menguap aku reply je..
siap guling guling lagi.. takda perasaan sungguh malam tu.
fikir nak tidur jee..
last last memang tidur pun..
dekat common room depan tv.. orang duduk tengak tv.
tp untuk aku special. tv yang tengak aku  :D

satu hari tu... otw nak balik asrama.. 
*ding!
text dari member... dorang kata warden tak benarkan masuk asrama. paling awal pun sabtu..
dang! warden buat hal dah..
yang peliknya, budak nursing tak cuti.. ambil phone text si mamat ni : eh,ada number budak nursing yang duduk asrama murni tak?
simple je soalannya..
5 jam kemudian *tipu
tak reply.. call tak angkat... gila punya member.. angin jugak time tu..
tiba tiba aircond dalam bas tu rasa macam tak berguna je..
panas jee time tu.. nak berwuduk pun paip takde.. muka redha -.-




kadang kadang tu..
terserempak.. tapi dia senyum pun tidak.. err?

*ding!
: Saya sayang awak
satu message masuk.. aku baca dengan takde perasaan..
tet tet tet. message send! aku reply
: Prove it

dan message seterusnya tak dilayan..
terbayang kata kata kawan aku..
"dia dah ada awek.. kenapa dia nak jealousnya"


------------------------------------------------------------------------------

perkara pertama yang singgah dalam kepala aku..
kesian awek dia..

salah siapa ni?
awek tak pandai jaga pakwe..
atau pakwe tak cukup ade awek sorang..

boys yang comel handsome kacak di luar sana..
sila laa, jaga hati perempuan ...
jangan buat main je.. mulut manis kalah gula.. letak garam pun tak neutral jugak.. still manis..
tapi belakang. setan sepuluh tanduk kau bela.

kaum lelaki dah laa pupus dekat dunia ni..
kalau muka kacak, gay..
kalau muka comel, pondan..
yang biasabiasa pulak, semuanya taken already..

perempuan memang ramai...
tapi tak bermakna semua kau boleh rembat..
bukannya dorang dilahirkan untuk disakiti..
takde pun..

jangan bila apa yang kau buat dekat perempuan tu jadi dekat kau balik.
sekarang kau berseronok gedik gedik sana sini.
bila nanti kau dah kawin, bini kau gedik gedik sana sini..
kau nak baran pulak..
time tu aku datang tolong  . ikat kau letak dalam kotak. bakar then abu tu aku tanam..
boleh?

tak semua yang kita nak boleh jadi milik kita... learn to let go.. let to be loyal :)

October 3, 2012

Cinta Kasih Sayang


Assalamualaikum

sahabat..

ingat tak. satu mase dulu.. kau menangis disebabkan budak lelaki yang kau minat...
waktu tu, aku tak berapa rapat dengan kau.. 
cuma sekadar classmate yang duduk depan kau..
mase kau menangis tu, ramai yang risau..
aku ade tanye 'kau kenapa?' tapi bestfriend kau tak nak cerita..
aku cuma dapat support kau dari jauh je..

tak lama lepas tu, kita start rapat.. macam mana?
sorry, aku pun dah lupa...
tapi kita memang rapat, semua benda kita kongsi..
mane ade kau, mesti ade aku.
ponteng kelas pun sama sama..

sahabat...

kau ingat lagi tak?
masa tu kita ada kursus utk budak budak kelas G dengan H.
malam kita nak pergi solat isyak tu.. kita jalan dari asrama ke surau..
time tu kau borak borak dengan ateyn.
tapi bila kita sampai surau, ateyn hilang. bila kita masuk je. ateyn dah duduk lepak dalam surau.
then kau tanye  dia, 'awalnya kau masuk, bukan tadi kau dengan kiteorang ke?'
then ateyn kate ' eh,mane ade. aku mane jumpa korang pun'
time tu kita dua terus diam.. cuak gila.. tah dengan siape kita jalan.
pengalaman beb :)

banyak benda kita buat same same...
kita suka pun dekat orang yang sama.. 
kita stayback pun sama sama...
kita cari pasal dengan orang pun sama sama..
kena marah dengan cikgu pun, kita berdua jugak..

paling aku tak boleh lupa. roti keju kau la..
aku selalu suruh kau buat..
paksa jugak kau bangun awal pagi bawak bekal untuk aku..
aku bukan tak pandai. tapi aku saja je nak bermanja,

selama kita berkawan , kita tak pernah pun macam budak perempuan lain, peluk peluk bila mintak maaf..
masing masing rasa janggal.. paling mesra pun, kita salam je.
kita tak pernah pun cakap 'aku sayang kau lah beb.kau la sahabat aku selamanya'.
paling paling pun just 'thanks la beb, bersyukur aku ade kawan macam kau'.

sweet moment :')

aku pernah cakap.
'kalau boleh, aku nak pergi dekat satu tempat.. tempat yang takde orang.. just aku.. ade padang, rumput.. supaya aku boleh baring kat situ sorang sorang. takde masalah, duduk tengak langit je'
then kau menyampuk
'aku berharap sangat dapat pergi tempat macam tu dengan kau'

aku senyum je kat kau mase tu.. sebab nya aku tak tahu nak cakap apa..
aku terharu sangat dengar kau cakap macam tu..
tapi aku segan..
tak pernah orang cakap macam tu dekat aku..

tapi sekarang...
disebabkan ego.. 
musnah..
musnah segala persahabatan kita..
tak perlu aku ungkit apa yang berlaku sepanjang persahabatan kita..
aku takkan dapat kembalikan kau..

aku tahu kau terluka..
sama jugak macam aku...
aku rawat luka aku sendiri..lupakan tentang apa yang terjadi...
tapi, tiap kali tu jugak lah, aku teringat dekat kau..


memang betul apa orang kata. senyuman dapat tutup semua yang tersirat dalam hati ni :')
---------------------------------------------------------------------------------

cerita aku kali ni bukan nak meraih simpati.

tak! tidak! bukan!

kita selalu lupa nak hargai orang yang selalu ada dekat kita..
bukan setakat sahabat, kawan, cikgu, saudara mara..
kadang kala kita lupa nak hargai ibu bapa kita..

berapa ramai je yang akan call parents dia mintak restu semate mate nak amek test.. 
berape kerat je yang akan belikan hadiah untuk parents bila ada duit lebih?
berapa kali je kita bagi hadiah dekat cikgu cikgu kita? hari guru?

mesti ke kita tunggu orang tu dah jauh.. 
dah takde dekat sisi kita, baru kita nak cari dia?

cuba tanya diri sendiri. kita nak ke kalau perkara macam tu jadi dekat kita?

August 30, 2012

Asrama macam kem tentera?

Assalamualaikum :)
lame dah tak melawat LITTLE WITCH ni...
lame dah tak berstory morry dgn dia...
biasenya kalau bab bab mengutuk, mengate , mengumpat semua cerita kat dia.. ehh ehh
tipuuu tipuuu... 
tak de pun mengate kt sini.. tak nak mencemarkan LITTLE WITCH yang suci ni..
tak de pun mengumpat semua.. 
kalau bab bab nak feeling sorang diri tu iyalah kot? hewhew :3
so, many people ask me.. how's ur life now?
mula lah nak tanyang muka sedih, konon konon macam seksa gila duduk dekat ipoh ni..
then cakap kuat kuat "TAKKK BESSSTTTT!!"
oke, saya nak terangkan dekat sini...
life kat sini FUN.. seronok weh! pengalaman baru.. 
memang la ade beberape macam tak mencapai tahap yang kita nak..
buat takde laa sampai nazak nak mati tu...
boleh je hidup kalau dengan semua ni pun..
sebagai contoh.. ASRAMA...
asrama utk budak july intake ade dua tempah.. satu kledang emas (for boys and fewfewfew girls) and asrama MURNI...
which is asrama yang saya duduk sekarang ni..
macam mana bilik dia ehh???
ohh ini soalan susah gila nak jawab...
tengak gambar dan faham sendiri oke bebeh?
so ini block A 1. ni la bilik biliknya... 
haaa, bilik kawasan sini semua 2 orang je... kalau belakang line ni bilik empat orang..
so op course la lagi besar kan..
ni la pantry nya... nak basuh pinggan, masak segala.. tu water cooler ade jugakkkk
haa, sini kalau nak air sejuk air panas boleh la ambik..free free je tak payah bayauu..
ehh salah,ni semua kita bayar kot! bayaran asrama kan? so pandai pandai lah gunakan sebaiknya...
water cooler tu ade tactic skit kalau nak guna.. kadang kadang air panas dia tk elok.
so sila la usap usap dulu...cakap cakap dgn dia.kalau tak jadi boleh la gunakan kaki atau tangan dengan sebaiknya ...
sape sape yang before ni duduk rumah jadi bibik boleh la kalau kalau nak masak..
TAPI
dapur sila bawak sendiri ok.. periuk nasi pun same.. barang barang nak masak tu memang sendiri lah kan?
masuk tandas jangan rempuh je.. doa baca duluuu
ini tandas blok B. bersih dan cantik. blok A CANTIK SANGAT, MALU NAK TUNJUK.
sila faham kenape caps lock di situ yaa..
ade shower, tandas duduk tak de ye.. yang terapung tu pun takde jugak... 
so dun worry lah. walaupun pergi mall takde tandas cangkuk, boleh tahan kencing berak sampai balik asrama..
see, bagus lah kan?!
ni tempah nak cuci muka gosok gigi.. 
cermin memang tak disediakan...
tak elok pulak kalau ade cermin kan?
thereeee ade mesin basuh and paip paip ni semua boleh guna. kate bayar kannn...
buat buat yang tak pandai basuh baju boleh lerr guna mesin basuh tuu..
3 hengget sekali basuh, besar gedabak boleh muat pakaian seminggu tak basuh..
kalau rase rugi boleh basuh tangan ye..  jangan malas malas...
tempat ni boleh la kalau nak amek wuduk....
ade jugak budak budak yang basuh baju dekat sini...
senang sebab air sini lagi laju dari dalam tandas punya...
boleh la nak berkemban mandi bwh paip..ehhhh  :3
sape kate tempat ni nazak?
semua keperluan dah ade...
nak ape lagi?
kalau nak tempat best best jangan merungut..
pegi je daftar keluar then pg duduk hotel sana.. 
EASY DAN SIMPLE KAN?

June 8, 2012

NIKON GIVEAWAY By Ieqah Blog Gajah


Assalamualaikum :D


lama dah tak join any contest or giveaway..
yaa semuanya atas faktor malas..malas malas dan malas..
ohh nampaknya umur 18 tahun adalah masa yang telah saya gunakan untuk menambahkan lemak lemak dan isi isi di badan...
jangan persoalkan berat badan.. bukan kerna scale selalu naik.. tapi scale tak pernah nak turun :'(
static je... oh sedih gilaaaa..*jangan tanya kenapa

*ehem* sudah sudah lah pasal berat badan... tak merubah pape pun..

Saya join Nikon GiveAway by Ieqah Blog Gajah kerana saya nak memastikan jari jari saya sentiasa runcing dengan menaip entry entry samaada entry yang berkaitan giveaway ataupun contest ataupun cerita cerita biasa mengenai cicak mati kene lastik atau semut mati kene pijak... disebabkan saya ni peminat tegar barang barang yang diberi secara percuma seperti hadiah harijadi mahupun ianya hanyalah coklat 10 sen dua atau ferrero rocher yang sangat sedap itu, saya telah mencari contest contest yang boleh disertai.. 

ecececehh,ayat nak sastera bagai.. *ehem* sebenarnya giveaway ni kakak saya yang syorkan.. setelah melihat hasil karangan 94 peserta yang join contest ni, rasa macam tetibe makin bersemangat pulak (tengak je tak baca pun..hehehe) 

ohh saya ambil masa yang panjang nak postkan banner tu then nak link kn ke blog akak... sebab dah lama kan tak join contest apa semua lupa dah... puas tekan right click nak copy gambar tu... tak dapat jugak.. sampai terpekik pekik panggilkan orang mintak tolong dengan orang yang pakar *hiperbola* blog sekarang sangat memeningkan kepala saya... 

harap harap adalah peluang untuk menang tu...boleh jugak membajetkan diri sebab tak pernah pun menang mana mana contest pun.. *buat muka kasihan* berbekalkan muka kasihan saya yang perasan comel ni harap boleh menang lah..hehehe


jangan kata ada yang masuk hospital lepas tengak gambar ni... kasi flying kick kang.  :P
bagi yang lemah jantung tu..mintak maaf lah letak gambar macam *errrrr....
kalau rasa macam mengantuk atau tak dapat berfikir dengan jelas...sila lah tatap gambar ni lama lama..
confirm lepas tu segar bugar mata yang ala ala korea tuu... otak pun kosong jee boleh hafal buku 500 mukasurat dalam satu hari je..

pernah ada budak lelaki tegur kata muka saya tak boleh bla .. yelah sebab buruk gilaaa... tapi saya rasa owwwsheemmm gilaa... bila tengak terus dalam hari syaitan berbisik bisik kata "awat muka hang buruk benorrr" tapi malaikat kata "alolololo...shooo cuteeee"

apaapa pun kira terlaksana lah misi membuat muka kesihan sampai ada sesetengah orang kata nak tampar je muka saya ni...
tapi kalau saya kat pihak mereka, mungkin saya pun akan kasi flying kick dekat diri sendiri...

allah cipta manusia tu handsome dah... cantik dah.. cuma mata manusia yang menilai sesuatu tu berbeza beza... 

May 8, 2012

Kehidupan baru bukannya melupuskan yang lama

Assalamualaikum..

*mungkin anda patut tunggu beberapa minit supaya lagu tu dapat loading. not awesome membaca tanpa lagu. silalah pause dan tunggu dalam 5 minit* - iklan sebentar~

sudah terlalu lama blog ini terbiar lama..
sudah terlalu lama kita tidak berjumpa, Little Witch..

adakah diri ini cuba untuk melupakan mu..
tidak sama sekali..
ya benar, Little Witch menyimpan segala kenangan yang dialami..
segala kemanisan hidup, segala kepahitan yang dirasai, masam masin hidup...
segala kesedapan memakan cadbury, pahitnya menelan ubat, asam masin yang mewarnai deria rasa..
semuanya dirakamkan disini.. 
dikuburkan disini..
selamat datang ke zaman sekolah rendah :D

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dia memandang langit yang terang.. sesekali kedengaran dia mengeluh.. namun tak sekalipun dia mengalihkan pandangannya itu..
.
Seolah olah dia sedang berbicara dengan awan di langit.. berbicara soal sesuatu yang penting..
sekali lagi dia mengeluh. kali ini keluhan itu kedengaran begitu kuat.seolah olah perbualannya sebentar tadi meninggalkan satu persoalan yang besar.

*puk* tiba-tiba bahunya ditolak kasar.. hampir saja dia hilang keseimbangan. hampir hampir dia terjatuh dari atas buaian tadi..
Dia menoleh ke belakang dengan wajah yang masam. geram dengan sikap makhluk yang menolaknya sebentar tadi..

Kelihatan nisa tersengih sengih.. "senyum sampai ke pipi pulak dia ni" monolog maira.

"amboii,sweet gila cara kau tegur aku tadi...hampir nak tersungkur aku tadi..nasib tak rosak muka sweetheart kau ni.." bebel maira..

Dengan muka yang tidak berperasaan nisa duduk di buaian di sebelah maira..langsung tidak dipedulikan bebelan maira itu.

"maira,kau kenapa.. kau tengak sapa kat langit tu?nasib je burung tak berak atau muka kau. bukan main lagi termenung tadi.. aku datang pun tak perasan." tanya nisa.

Wajah maira serta merta berubah.. tiada lagi riak marah di wajahnya.. dia kembali memandang langit. kemudian mengeluh. memandang nisa seolah olah meminta jawapan..

"kalau kau ada masaalah jangan pendam sorang  sorang. tak elok taw, nanti makin berat beban yang kau pikul, makin susah hati kau nanti. bertanyakan itu ini kepada diri sendiri pun kau takkan dapat jawapan jugak." risau betul nisa melihatkan sahabat baiknya itu..

" entahlah weh.. aku confius lah.. kau tahukan aku dengan rey dah lama berkawan.. dia kan ada awek. pagi tadi, aku dapat tahu dari classmate aku yang awek dia kutuk kutuk aku. so aku jumpalah awek dia.. tanya dia apa masalah dia.. tak pasal pasal dia menagis pulak,lepas tu bla macam tu je. aku pun malas lah nak amik kesah lagi.. balik sekolah je, rey datang rumah aku marah marah aku.. dia kata apasal aku ni pergi hina awek dia... aku try nak story dekat dia apa yang sebenarnya jadi. tapi dia tak nak dengar pun.. dia tengking tengking lepas tu bla macam tu je.. kau tahu tak apa aku rasa time tu.. sedih gila.. kau bayangkan, hanya disebabkan seorang manusia yang rey kenal tak sampai 1 tahun, dia tengking aku yang kenal dia since kecik lagi.. langsung tak nak dengar penjelasan aku.. tak bagi chance langsung.. sumpah aku tak sangka dia sanggup buat macam tu semata mata sebab awek dia tu." maira menoleh ke arah temannya itu. berharap ada yang mengerti perasaannya tika itu..

"sabar lah.. kau pun tahu rey tu jenis panas baran kan. bukannya boleh nak dengar kata orang kalau dah marah tu..haa,sekarang mesti dia dah cool.. cubalah story balik dekat dia.. dia mesti faham kalau kau terangkan" nisa tersenyum dengan cadangan nya itu..

Namun maira tetap muram. tiada langsung tanda beban di hatinya itu sudah ringan..

"tapi dia yang salah. dia yang marah aku tiba tiba. kenapa aku yang kena pergi jumpa dia pulak?" gumam maira.. masih marah rupanya dia..

Nisa tersenyum lebar.. dia mula menghayunkan buaian.. tak ubah seperti kanak kanak kecil. gembira betul dia dapat bermain buaian tika waktu berangin seperti itu..

"MAIRA!KAU NAK TAHU SOMETHING TAK?!" jerit nisa.masih lagi bermain buaian..

Segera dia berpaut pada buaian maira menyebabkan buaian temannya itu berayun juga..

"woiii!!" tersentak maira dibuatnya.

"HAHAHAHAHAHAHA.. jap jap stop dulu"

"kau nak kata apa tadi?"

Nisa memandang maira yang kelihatan tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal keluar dari mulutnya itu..

"dalam hidup ni.. kita tak boleh nak ikut kata diri kita je.. kalau semua kita nak ikut kata kita je. akan timbul perbalahan dengan orang lain. tak semua orang mempunyai pendapat yang sama macam kita.."

"jangan disebabkan hanya satu perkara, habis terjejas perkara lain.. jangan disebabkan satu kisah pahit yang tercatat dalam hidup kita, kita musnahkan kisah yang memberi berjuta juta warna dalam hidup kita.. hanya disebabkan apa yang rey buat, hanya disebabkan satu salah faham.. musnah persahabatan yang korang bina ni"

"kau nak macam tu?" terangkat keningnya ketika mengajukan soalan itu.

"mestilah tak nak. tapi..."

Belum sempat maira menghabiskan ayatnya....

"buang ego tu jauh jauh.. jangan pulak sebab ego kau tu, kau menyesal kemudian hari.. ok?" sampuk nisa..

Maira termenung.. lama dipandang kakinya yang berselipar jepun itu.. dia mengangkat kepala lalu tersenyum memandang nisa.. menyedari ada benar kata kata nisa itu.. terasa beban di dada sedikit menghilang..

Bertuah benar dia mempunyai sahabat seperti itu..dapat menghilangkan resah di hati..

"jom aku belanja kau aiskrim nak?" nisa cuba mengumpan maira. supaya sahabatnya itu tidak terlalu memikirkan soal rey..

"nak!!" pantas sahaja jawapan itu keluar dari mulut maira..

Nisa melompat dari buaian dan segera berlari..

"ITUPUN KALAU KAU SAMPAI RUMAH KAU DULU LAH!!!" jerit nisa sambil ketawa..

"TAK ACI LAH WEH!!" maira menjerit dan segera berlari.. cuba mengejar nisa yang semakin jauh darinya..

Segala masalah yang ada dalam kepalanya hilang begitu sahaja.. hilang dibawa angin petang..
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------

apabila kita semakin membesar, banyak perkara yang berubah...
kita tak dapat nak bermain sepanjang masa seperti sewaktu kanak kanak..
ada sesetengah masa perlu diperuntukkan untuk belajar..
ada tanggungjawab yang perlu kita galas..

adakah itu bermakna segala zaman baby, kanak kanak, remaja kita akan hilang macam tu aja?
adakah itu bermakna segalanya akan tenggelam dek zaman..
segala memories akan hilang...
memulakan hidup baru seolah olah dihidupkan semula dimuka bumi ini?
sedangkan orang yang hilang ingatan pun lama kelamaan akan kembali pulih ingatannya..

fun is all about how you enjoy yourself.

 ada sesetengah perkara yang kita akan lupa, hanya sesetengah yang mampu kita ingat...
tapi itu tak bermakna kita telah melupakan segalanya...
dalam hidup, banyak perkara yang dialami.. kadangkala kenangan manis dan ada juga yang sebaliknya...
dan kenangan pahit biasanya yang terpahat lebih lama dalam ingatan...
tapi itu tak bermakna kita melupakan segala kenangan manis yang ada..
biarpun apa yang berlaku, bukan semudah kita memadam kesalahan yang ditulis dengan pensil..
kenangan tak semudah itu untuk dilupakan...
dalam setiap kebencian, pastinya ada terselit beberapa perkara yang menyenangkan hati...
jangan disebabkan oleh beberapa buah epal yang buruk, kita buang semuanya ke dalam tong sampah...
mungkin masih terselit beberapa buat yang masih elok dan boleh dimakan..
jangan disebabkan kita ingin memulakan hidup baru..
kita buang segala pengalaman hidup kita sebelum ini...
 

age doesn't matter..

February 26, 2012

Who is Adriana Fatini?

ASSALAMUALAIKUM

26 February 2012.

hampir bulan march barulah blog ini pulang dari honeymoon ..
satu permulaan bagi diri ini...
satu amalan baru yang dilakukan semenjak hadirnya tahun ini..
tiada..
tiada lagi jadual persekolahan, tiada lagi uniform sekolah, tiada lagi waktu ulangkaji..
kini semuanya berunsurkan keseronokan..
seperti zaman kanak kanak, semuanya boleh dilakukan tanpa perlu memikirkan soal belajar..

berlari tanpa perlu menoleh ke belakang...
melompat seperti mahu mencapai langit..
menjerit sekuat hati tanpa resah..

boleh tersenyum riang menikmati saat saat indah ini..

berjaga sepanjang malam seolah olah tidur itu tidak perlu...

inilah dia zaman tanpa SEKOLAH..

hidup dengan hanya memikirkan soal diri sendiri

bayangkan....
menonton movie sehingga pukul 4 5 pagi...
bermain dengan haiwan sehingga berjam jam..
menari dan menyanyi dengan penuh riang...

sudah hampir 3 bulan namun masih banyak perkara yang nak dilakukan...
terlalu banyak...
masa seolah olah tidak mencukupi...
guees what? bila terlalu menikmati hidup ni...
tidur 24 jam pun rasa macam 2 jam...

sepanjang cuti ni... selagi dapat menikmati saat ni...
selagi tu saya takkan sia siakan saat saat yang berharga..

kepada adik adik yang masih bersekolah tu..

enjoy your school time dear...
life is short..
there's no way you can turn the time back..
memories are precious

"saya sentiasa hidup dalam ingatan awak " - ICE
siapakah Adriana Fatini?

seorang yang baru memulakan hidup baru .
yang akan memasuki kolej? universiti? matrikulasi?
mungkin...
selagi ada Allah, selagi tu rezeki tidak akan putus putus...

"someone who wish she will never grow up"