CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

October 3, 2012

Cinta Kasih Sayang


Assalamualaikum

sahabat..

ingat tak. satu mase dulu.. kau menangis disebabkan budak lelaki yang kau minat...
waktu tu, aku tak berapa rapat dengan kau.. 
cuma sekadar classmate yang duduk depan kau..
mase kau menangis tu, ramai yang risau..
aku ade tanye 'kau kenapa?' tapi bestfriend kau tak nak cerita..
aku cuma dapat support kau dari jauh je..

tak lama lepas tu, kita start rapat.. macam mana?
sorry, aku pun dah lupa...
tapi kita memang rapat, semua benda kita kongsi..
mane ade kau, mesti ade aku.
ponteng kelas pun sama sama..

sahabat...

kau ingat lagi tak?
masa tu kita ada kursus utk budak budak kelas G dengan H.
malam kita nak pergi solat isyak tu.. kita jalan dari asrama ke surau..
time tu kau borak borak dengan ateyn.
tapi bila kita sampai surau, ateyn hilang. bila kita masuk je. ateyn dah duduk lepak dalam surau.
then kau tanye  dia, 'awalnya kau masuk, bukan tadi kau dengan kiteorang ke?'
then ateyn kate ' eh,mane ade. aku mane jumpa korang pun'
time tu kita dua terus diam.. cuak gila.. tah dengan siape kita jalan.
pengalaman beb :)

banyak benda kita buat same same...
kita suka pun dekat orang yang sama.. 
kita stayback pun sama sama...
kita cari pasal dengan orang pun sama sama..
kena marah dengan cikgu pun, kita berdua jugak..

paling aku tak boleh lupa. roti keju kau la..
aku selalu suruh kau buat..
paksa jugak kau bangun awal pagi bawak bekal untuk aku..
aku bukan tak pandai. tapi aku saja je nak bermanja,

selama kita berkawan , kita tak pernah pun macam budak perempuan lain, peluk peluk bila mintak maaf..
masing masing rasa janggal.. paling mesra pun, kita salam je.
kita tak pernah pun cakap 'aku sayang kau lah beb.kau la sahabat aku selamanya'.
paling paling pun just 'thanks la beb, bersyukur aku ade kawan macam kau'.

sweet moment :')

aku pernah cakap.
'kalau boleh, aku nak pergi dekat satu tempat.. tempat yang takde orang.. just aku.. ade padang, rumput.. supaya aku boleh baring kat situ sorang sorang. takde masalah, duduk tengak langit je'
then kau menyampuk
'aku berharap sangat dapat pergi tempat macam tu dengan kau'

aku senyum je kat kau mase tu.. sebab nya aku tak tahu nak cakap apa..
aku terharu sangat dengar kau cakap macam tu..
tapi aku segan..
tak pernah orang cakap macam tu dekat aku..

tapi sekarang...
disebabkan ego.. 
musnah..
musnah segala persahabatan kita..
tak perlu aku ungkit apa yang berlaku sepanjang persahabatan kita..
aku takkan dapat kembalikan kau..

aku tahu kau terluka..
sama jugak macam aku...
aku rawat luka aku sendiri..lupakan tentang apa yang terjadi...
tapi, tiap kali tu jugak lah, aku teringat dekat kau..


memang betul apa orang kata. senyuman dapat tutup semua yang tersirat dalam hati ni :')
---------------------------------------------------------------------------------

cerita aku kali ni bukan nak meraih simpati.

tak! tidak! bukan!

kita selalu lupa nak hargai orang yang selalu ada dekat kita..
bukan setakat sahabat, kawan, cikgu, saudara mara..
kadang kala kita lupa nak hargai ibu bapa kita..

berapa ramai je yang akan call parents dia mintak restu semate mate nak amek test.. 
berape kerat je yang akan belikan hadiah untuk parents bila ada duit lebih?
berapa kali je kita bagi hadiah dekat cikgu cikgu kita? hari guru?

mesti ke kita tunggu orang tu dah jauh.. 
dah takde dekat sisi kita, baru kita nak cari dia?

cuba tanya diri sendiri. kita nak ke kalau perkara macam tu jadi dekat kita?

0 luahan hati dari little witch: